Diri kita seperti sebuah mobile phone (istilah umum
Asia, handset). Mobile pone dicipta untuk memudahkan perhubungan antara
manusia. Itu pada awalnya. Kini, aplikasi mobile phone sudah diperluas
kepada walkman, azan reminder, games, daily reminder, notes, camera, video
and television. Saya cuba untuk membandingkan
seorang hamba dengan telefon bimbit.
Sebuah mobile phone mempunyai batery, memory card, sim
card, caseine, screen, button, speaker, camera dan audio.
Bateri umpama jantung dalam sesebuah mobilephone.
Terhentinya jantung, segala aplikasi tadi akan terus padam. Begitu juga dengan
jantung kita. Kenapa Allah letak jantung di sebelah kiri? Malahan, mengapa pula
kita disunnahkan tidur mengiring ke kanan? Ini untuk memudahkan jantung
berdegup kerana tekanan yang dikenakan adalah sedikit. Jadi, perkitaran darah
akan menjadi lancar sungguhpun ketika kita tidur.
Kita juga mempunyai memory card seperti mobilephone
yang dipanggil fikiran. Bukan otak. Kerana otak besar pun tidak bermakna memorinya
besar. Mungkin tumour yang membuatkannya besar. Semakin besar size memory card, semakin
banyak aplikasi yang boleh dimuatkan. Saiz memory card kita telah ditentukan
oleh Allah. Adakah kita ingin mengeluh sekiranya mempunyai saiz memori card
yang kecil sedangkan insan yang dikurnia saiz memory card yang besar pun tidak
menggunakan sepenuhnya nikmat ini.
Allah tidak akan memberi sesuatu dengan sia-sia. Nikmat ini
akan dipertanya di akhirat kelak. Kenapa tidak sahaja ditukar setting pemikiran
ini kepada, aku ingin guna sepenuhnya memori card aku… Inilah hakikatnya
yang sebenar kerana kita tidak tahu limit pemikiran kita. Kita boleh isi dengan
sebanyak yang kita mahu! Malahan, hebatnya kurniaan Allah pada diri kita,
semakin banyak kita isi memory card kita, semakin besar ia akan mengembang dan
mampu memuatkan lebih banyak ilmu.
Bagaimana caranya mahu mengisi memory card? Banyakkan
membaca ilmu-ilmu tambahan. Kenapa ilmu tambahan sahaja? Kerana ilmu yang dipersuratkn seperti ilmu
pengajian ataupun bidang yang diambil dan diambil sekarang sudah menjadi kewajipan
pada diri kita kepada Allah untuk dituntuti.
Tapi, ingat! Isi dengan apa? Muzik lara? Video ghairah? Apa
yang kita isi akan melambangkan diri kita. Takkanla kita simpan lagu Nur
Kasih…waktu pasang, keluar zikir munajat pulakkan ?
Audio, speaker dan screen merupakan telinga, mulut dan
pandangan yang kita keluarkan. Sekiranya dalam memori kita mempunyai pandangan mahu
menonton cerita the end of the world 2012 dalam screen, takkan la keluar
cerita bila cinta bertasbih? Begitu juga dengan mulut kita sebagai
speaker…dalam memory card, ada perasaan dengki, yang akan keluar mestilah tak
lari dari umpat, adu domba dan kata-kata keji.
Yang membezakan kita dengan mobile phone adalah otak yang
dikurnia mampu menganalisis data yang diterima berdasarkan keimanan semata-mata
kerana Allah. Cantikkan? Orang mukmin tidak melihat sesuatu perkara dengan
pandangan kosong. Mereka melihat dengan adanya Allah di sebalik penciptaan.
Allah telah memuliakan orang-orang yang beriman dengan hati , fikiran dan
perbuatan mereka yang sentiasa iltizam dipelihara.
Sebagai contoh, dua insan menonton cerita cinta yang
biasa-biasa. Kononnya sad ending dengan kematian hero cerita. Yang pertama,
berkata, “sedihnya…tak patut hero mati..”. Insan yang kedua, “Terlalu banyak
adegan di luar batasan. Cerita yang melalaikan umat dan melekakan syabab dari
tugasnya”. Syabab yang luar biasa melihat di sebalik keimanan kepada Allah.
Sekiranya kita meneliti laptop…Nampak apa? Saya tertarik untuk membuat perbandingan
jenis antivirus dengan cara tarbiah. Diri kita terkena virus ataupun lebih
dahsyat latest ILOVEYOUvirus Trojan(virus dlm love letter yang akan terlekat
kalau ada perkatan ILOVEYOU)..virus ini sebagai contoh sahaja kerana menghantar
perkara-perkara yang tidak berfaedah..itulah akibatnya. Sekiranya kita letak
antivirus jenis avira old version, mampu ke nak lawan dan cure diri kita?
Mungkin mampu, tapi pulih sepenuhnya ke? Adakah kesannya sama kalu kita guna
new kaspersky version 2010?
Perumpamaan ini ingin
dijelaskan bahawa semakin parah diri kita, semakin mahal tarbiah yang kena
dibeli. Tarbiah yang mahal macam mana? Tarbiah ini bukan senang didapati. Perlu
jiddiyah yang sangat tinggi.
Sama juga dengan tarbiah. Diri kita ini tinggal dalam bilik
beraircond, ada tab air panas dan sejuk pula…kemudian, pergi dengar kuliah
agama di masjid beraircond..ditambah lagi dengan carpet solat yang gebu dan
tebal. Terganjak ke iman kita. Kesannya akan menjadi kurang.
Semoga perkongsian menambahkan ilmu, amal dan iman.




